Sunday, May 30, 2010

Jom join Group Legion DotA-Allstar

Assalamualaikum 4 all

Jom sama-sama kita join Group Legion kat Facebook.. kita pakat-pakat kongsi pendapat, pengalaman, ScreenShot (SS) kat group ni.... walla... byk gambar-gambar best... lau korang nak upload gambar korang... loh g lah... dialu-alukan sgt2

Group Legion DotA-Allstar Tun Perak on Facebook <<-- klik kat sini

Pakat-pakat join tau... tata...

Sedih.. Lucu.. Kesian..

Assalamualaikum 4 all...

Post kali ni..abe din nak cite la pasal 1 id ni...BC memanjang... 'paling kuat tu'...
Lani musim hunt-boss... ramai la musuh-musuh n ally... (ally ramai la, musuh lak yg 'kuat' jerk)... dok ramai-ramai hunt ni... sempat la main kejo-kejo... siap kena tngkap video kat musuh tu, masuk youtube seach: Angel vs Zeus.. (prati tgk sape yg lari tu)... huhhuhuuh

Maka ramai la terkorbannya... abe mat kita sempat pm n tnya... Nape x lari... pastu org pm tu jwb... see this SS



Ada red la plak erk lam dialog abg mat ngan nenek... cu prati tgk SS ni plak... sape pk sape nthen ada drop ke tak???



Dlm kes ni kan... siap BC tu.. maklum la org kuat... EP byk.. hunt boss dpt red pastu jual sampai harga tahap noob gila...

Sedih..Kesian...Hampa...Lucu...Kecewa...Menyesal...dan manyak lg...

Friday, May 28, 2010

Ciri-ciri Orang Munafik

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad

Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Jom Aplikasikan Dalam permainan kita:
i) Sebagai Ketua sesebuah legion.. kita wajib membantu ahli-ahli legion.. seandainya AFK.. suruh la naib (sbg wakil Ketua) membantu. PM la ketua or naib k... and ketua n naib must alert about all problem in leg k..
ii) Jika di beri amanah tuk menjaga id pemain lain... jgn la scam id tu... yg empunya id plak... ati-atilah.. kenali dl si pemegang amanah tu... Cegah sebelum kena..
iii) Amalan x tepati janji,tikam belakang,kacau urusniaga org lain,pakai taktik kotor, menyembunyikan kebenaran... buang la amalan2 tu semua... Igt... sekali kita tipu... org x kan percaya kat kita...
iv) Jgn rasa kita ni betul..sampai tolak semua kebenaran.. meng'ia'kan kepalsuan.. cth plg nyata.. "Budu tu putih"?... "Ya... Naib aq ckp budu tu putih"

Renung2kan n slamat beramal
Related Posts with Thumbnails
Legion DotA-Allstar © 2008 Template by:
SkinCorner